Saturday 28 March 2015

Ekosistem Penyiaran Televisyen di Malaysia

Ekosistem penyiaran Televisyen Di Malaysia.



Ya, umum anda semua mengetahui sejak akhir-akhir ini kita disogokkan dengan satu fenomena baru dimana sistem pen yiaran Negara akan ditransformasikan secara besar-besaran dengan melibatkan beberapa koloborasi kerajaan dan konglomerat swasta. Ianya juga memberikan kita satu sinar harapan drastik bahawa anggapan kita akan tertuju kearah keterbukkan dunia penyiaran yang luas tanpa membebankan pengguna. Itu akan di bincangkan secara teliti dalam topic yang lainnya, tapi sebelum itu mari kita sorot kembali sistem penyiaran di Malaysia terlebih dahulu.

1963- 1982

Malaysia mula menyiarkan siaran televisyen pertama pada 28 disember 1963 menerusi stesen rasmi kerajaan iaitu Televisyen Malaysia (TM) dan dipancarkan menerusi sistem saluran 625 monochrome. Sebenarnya Singapura pada waktu itu telah mendahului Malaysia dengan memulakan siaran pertamanya pada 15 Februari 1963, namun apabila terbentuknya Malaysia melalui penyertaan Singapura maka stesen rasmi Negara singa pada waktu itu Televisyen Singapura di sepadukan dengan stesen Malaysia, maka ianya menjadi Televisyen Malaysia (Singapura). 



Sistem, infrastuktur Radio telah sedia ada lagi sebelum perang dunia kedua, Imperialisme British telah berusaha mengembangkan jaringan infrastuktur Radio dengan siaran dan kandungan untuk kepentingan mereka. Stesen penyiaran TV pada waktu itu tidak wujud di Tanah Melayu, bahkan di United Kingdom pun sistem TV ini masih dalam peringkat kajian dan percubaan.

Boleh dikatakan kita meminjam sistem dan infrastuktur sedia ada daripada United Kingdom melalui kerjasama stesen kerajaan UK iaitu BBC (British Broadasting Corporation). Ramai diantara pekerja dan Krew terawal di bawa ke UK untuk mendapatkan lahitan dan amali berkaitan dengan pengoperasian penyiaran dan menyediakan kandungan untuk stesen RTM, Bahkan BBC juga membantu RTM dalam memenuhkan kandungan slot dengan menyediakan pelbagai rancangan-rancangan dokumentari, dan rancangan dokumentari ini berlangsung siaranya sehingga ke awal 1990-an.

Pada 17 November 1969, Televisyen Malaysia telah berpindah dari studio jalan Ampang ke “Rumah Televisyen” iaitu di Angkasapuri. Pada waktu itu juga kerajaan mengumumkan bahawa satu lagi saluran TV akan dipancarkan kepada umum (sekarang menjadi TV-2). Pada 28 Disember 1978 pula sistem televisyen Malaysia mula memancarkan dalam mod warna sepenuhnya

.


1983-2000

Pada 28 julai 1984 TV3 merupakan sebuah stesen swasta telah memulakan siaran, dominasi kerajaan keatas sudut penyiaran mula dipecahkan saat TV3 memulakan operasinya. Dekad-dekad ini menyaksikan politik memainkan pengaruh yang amat hebat buat ekosistem penyiaran di Malaysia kerana pada masa itu 1990an terdapat 3 stesen penyiaran aktif yang menghiasi kaca TV rakyat Malaysia sehinggalah PM pada waktu itu Datuk Seri Dr. Mahathir mengumumkan pengwujudtan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan dalam pelan tersebut ada menayatakan rancangan pengkormesilan angkasa, maka terbanglah satelit MEASAT keangkasa raya, yang diberikan lesennya oleh kerajaan kepada Tan Sri Ananda Khrisnan.



Dengan MEASAT 1, satelit komunikasi ini membolehkan siaran TV dipancarkan secara terus melalui sistem satelit. Justeru dengan lesen yang telah dianugerakan kerajaan maka tertubuhlah ASTRO( Astro All Asia Networks) dalam bulan Januari 1996. Ekosistem siaran ASTRO ini berunsurkan langganan dan bukannya FTA (Free To Air) seperti saluaran yang sedia ada (TV-1, TV-2, TV-3). Dari sini ekosistem penyiaran TV mula beralih kepada langganan dari sistem konvensional iaitu FTA.



Monopoli ASTRO.



Senang cerita, dengan lesen dan hak penyiaran ekslusif yang dimeterai pada tahun 1995 menjadikan ASTRO penyiar satelit berbayar tunggal di Malaysia, sehingga kini. Sistem Televisyen Malaysia Berhad yang memiliki TV3 pada waktu itu telah melancarkan siaran berbayar TV pertama, setahun lebih awal daripada ASTRO dengan jenama MEGA-TV. Saluran berbayar ini mensasarkankawasan Lembah Klang dan Petaling Jaya untuk set percubaan siaran pertamanya. Namun teknologi sstem penyampaian siaran MEGA-TV ini masih menggunakan tekologi yang agak lapuk berbanding dengan sistem penyiaran satelit. Akibat kekurangan kandungan dan kelapukkan teknologi serta faktor utamanya persaingan kental dari geng ASTRO menyebabkan MEGA-TV terpaksa tutup kedai pada tahun 2001.

ASTRO amat Berjaya dan untung melimpah ruah sehinggakan konglomerat ini mampu menghasilkan lebih 5 buah saluran dengan kandungan original keluaran syarikat produksi di bawah ASTRO sendiri. Selain itu juga bilangan siaran juga telah bertambah daripada hanya 20 saluran pada tahun 1996 kepada lebih 160 saluran, 22 saluran berdefinisi tinggi pada tahun 2012. Ini merupakan satu kemajuan 200% daripada 1996 kepada 2012.

2008 – Kini. Pasca sistem penyiaran konvensional

Dunia semakin moden dalam kepesatan yang begitu hebat, bahkan kita juga dapat merasakan bagaimana kepentingan computer dan internet amat diperlukan pada masa sekarang. Ekosistem penyiaran juga turut sama merasai kejadian ini, sistem analog telah lama menjadi sejarah di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Italy dan UK. Mereka sudah lama berhijrah kepada Digital sepenuhnya kerana dunia kini lebih interaktif daripada dahulu dan sistem analog sudah mencapai tahap optimanya untuk berkembang.

2009 – Kini. Perperangan bermula

Perkembangan dalam infrastuktur internet di Malaysia telah memangkin kepada penyediaan beberapa saluran TV yang menggunakan teknologi IPTV (internet Protocol Television. Di Malaysia, IPTV pertama yang dibangunkan adalah Hypp.TV kepunyaan Telekom Malaysia mula mengatur strategi untuk memecahkan dominasi ASTRO . TM memang telah lama diakui mempunyai monopoli terhadap infrastuktur Broadband di Malaysia dan kini dengan pengenalan sistem Fiber Optic (HSBB- High Speed Broadband) akan memacu pengenalan Hypp.Tv kepada segenap penduduk di semenanjung Malaysia, buat masa sekarang.

Selain itu juga ABNxcess, penyedia perkidmatan penyiaran menggunakan teknologi kabel fiber dilancarkan pada 8 Jun 2013 mula mengorak langkah untuk mempelbagaikan pilihan kepada consumer. ABNxcess ini menggunakan sistem kabel (penyedia perkhidmatan pertama di Malaysia yang menggunakan “cable based”) dan juga selain daripada kangdungan TV, ABNxcess juga berupaya membekalkan perkhidmatan internet jalur lebar buat pelangganya sekali.  Interaktif bukan?