Selama dekad 90an ke 2000an,
pengaruh Nokia telah mereseapi hampir ke segenap pelusuk dunia, ia memberikan kita
akses dan keterbukaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara wayarles. Ia
juga memindahkan kuasa beli dan tanggapan ramai tentang perkakasan telefon
bimbit hanya untuk golongan elit. Nokia juga menyumbang dalam memacu kemodenan industri telekomunikasi dalam hanya selama 2 dekad. Sangat mendukacitakan buat Nokia
kerana selama ini ianya sangat terkenal dan gah dalam industri telefon bimbit
ini. Sangat misteri bukan? Nokia Berjaya melalui persaingan berganda selama ini
bagaimana ianya boleh kalah kepada perubahan semasa sedangkan mereka amat
pantas untuk menyesuaikan diri dalam keadaan serba mencabar ini?
Kita telusuri hayat-hayat
Nokia di bahagian terakhir dan apakah keputusan penting yang menyebabkan
konglomerat gergasi ini rebah di tahun 2013. Perlu di ingat, hampir semua
poin-poin yang dinyatakan ini diambil kandungannya dari artikel Wall
Street Journal dan memoir
Kesilapan eksekutif dalam membuat
penentuan penting.
Syarikat multinasional selalu ada wala na problema ini. Para eksekutif yang bijak pandai selalu menganggap diri mereka
superior dan hebat. Sama seperti Nokia. Para bangsawan ini gagal untuk memandu
konglomerat tersebar ini dalam era-era persaingan yang hebat, dengan
sepantasnya. Masalah sebenar mereka ini ialah para pembuat keputusan di Nokia
telalu lama mengambil masa untuk menilai dan mengkaji peluang yang ada (sampai
9-10 bulan) dan bila mereka bersetuju,
peluang yang ada itu sudah terlepas ke tangan lain, lazimnya ke SOMESONG atau buah Apple.
Apa yang berlaku ni? Nokia
mempunyai banyak fasilitas research dan sejumlah tenaga pekerja yang dinamik
lagi berkesan seperti Frank Nuovo dan Alistair Curtis. Apa sudah jadi? Turn out to be Nokia amat lemah dalam
mengimplementasikan Managmenent Change
dalam sfera pentadbirannya, Ini disebabkan oleh ianya terlalu berharap dengan status
Quo dan EGO mereka.
Alastair Curtis menghabiskan masanya untk menyelesaikan masalah berbanding membuat rekaan yang terbaru untuk Nokia |
Frank Nuovo yang terkenal dengan rekaan VERTU nya berhenti dari Nokia pada tahun 2006 |
‘Para eksekutif amat membazir
masa dalam memikirkan tentang menyelesaikan masalah berbanding membuat sesuatu
strategi yang baru’
Akibat daripada keegoaan yang
menebal ini juga telah mejejaskan
bahagian kajian dan inovasi Nokia. Frank Nuovo, ketua pereka Nokia telah
telah menghasilkan sejumlah besar handset legend bertindak keluar daripada
Nokia di tahun 2006 semasa perubahan pentadbiran berlangsung. Beliau menegaskan
bahawa ‘peluang yang ada buat Nokia terhidang di depan mata, tetapi peluang itu
tidak di segerakan kerana mereka tidak melihat ianya sebagai satu desakkan
penting’
“anything
that divided internally would not succeed”
R&D Nokia amat hebat dalam
menghasilkan produk-produk telekomunikasi yang ahead of its time. Tablet
pertama adalah dicipta oleh Nokia dan bukannya Apple, 8 tahun awal sebelum
kemunculan pasaran segment Tablet. Apa sudah jadi? Kesilapan untuk menganggar
dan takut dibayangi oleh kegagalan Nokia
Communicator menjadi salah satu
sebab kenapa Nokia tidak menolak produk ini keluar ke pasaran.
Pada tahun 2001, Nokia sudah melihat segmen pasaran untuk Tablet |
Ini adalah Prototaip Tablet Nokia terawal pada tahun 2001. Lama sebelum ipad dilancarkan |
Tablet Internet pertama Nokia 770 yang dilancarkan dalam tahun 2005. Namun masyarakat masih belum bersedia terhadap teknologi ini |
Nokia Mindset
Keegoaan Nokia juga meresap ke
dalam bahagian R&D dan pemasarannya. Semasa iphone dilancarkan, dengan
angkuh Nokia mengatakan bahawa telefon iphone ini mahal untuk dijual secara
besar-besaran dan ianya tidak secanggih telefon N-95 dan lagi ianya tidak
melepasi standard drop test Nokia?
SANGAT MELUCUKAN… Taapi itulah stand point Nokia pada waktu itu. Tengok apa yang
jadi pada Apple sekarang. R&D Nokia
juga gagal untuk menambat hati para eksekutif akibat masalah management chaos
ini, Ketika segment touchscreen mula merebak dalam tahun 2007, para bangsawan
Nokia melihat ianya sebagai salah satu projek yang mahal dan tidak efisen.
Sangat teruk Mindset mereka.
N95 amat moden dan berteknologi tinggi jika di bandingkan dengan iphone buat masa tu lah |
‘Nokia amat
lembab dan lewat dalam mengeluarkan produk-produknya yang berinovasi’
4.5 Billion
Euro dalam kos operasi pada tahun 2010
Penukaran CEO, Conflict of Interest,
Deal Microsoft bersama Nokia
Stephen Elop seorang
warganegara Kanadian telah dilantik mengapalai Nokia pada September 2010. Ramai
juga para pengurusan tertinggi tidak menyukai brother ni sebab dia bukan orang
finnish. Dan lagi latarbelakangnya yang pernah bekerja bersama Micrsoft. Namun
Nokia perlukan seorang yang berwibawa untuk memandu keluar syarikat daripada
gawang kejatuhan.
Brother Stephen Elop |
Elop mula menggunakan peluang
dan pengaruhnya untuk memacu Nokia ke
kejayaan. Brother ini mula mengetahui betapa pentingnya perkakasan dan perisian
yang ada dalam sesebuah hanset untuk memastikannya ia terjual bagai goring pisang panas di pasaran. Elop
mula membangunkan semua department
software dalam Nokia yang dianggap anak tiri dalam syarikat ini. Pertamanya
dengan memperkenalkan sistem OS yang baru iaitu MeeGO dan Maemo dalam armada
produk terbaru Nokia. Tapi masalahnya Aplikasi tersebut seriously under-develop bilamana geng Android dan Apps Store sudah
terbang tinggi.
Pening kepala brother Elop memikirkan masalah ini dan
akhirnya entah macam mana beliau terfikir untuk membuat perjanjian yang
ternyata-ternyata membuatkan Nokia berkubur pada tahun 2013 iaitu dengan
Microsoft. Nokia bersetuju untuk memasukkan perisian Windows Mobile yang dipunyai oleh Microsoft ke dalam armada produk
terbaru yang akan mereka lancarkan iaitu NOKIA LUMIA. Dan terbukti deal ini…
deal yang sangat destructive buat
Nokia.
Entah kenapa Nokia mahu berpasukan dengan Microsoft yang terbukti gagal dalam Windows CE nya dulu. Ingat kan? |
Market share buat Windows Mobile amat kecil jika dibandingkan
dengan Android / Apps Store kerana masalah Developer
yang sukar memasukkan content mereka
ke Windows Marketplace, ditambah lagi Microsoft ini amatlah leceh dalam hal-hal
berkaitan perlesenan. Nokia bagai menggali kubur sendiri pada
masa ini.
Kesilapan dalam membuat Strategi yang
berkesan
‘Nokia hanya bertindak untuk mengekalkan
keberadaanya dalam industri ini daripada cuba keluar mengeksplorasi
segmen-segmen perniagaan yang baru’
Di tahun 2010, Nokia juga mula
kehilangan dalam market share samaada
di segmen Smartphone dan juga basic phone. Ini kerana semasa
tarikh-tarikh ini terlalu banyak syarikat pengeluar telefon bimbit muncul (Thanks to China) dan merogol serta
menciplak pasaran hanset basic yang Nokia pegang selama ini. Terima kasih juga
kepada Huawei dan HTC, ZTE, Lenovo, Micromax yang bersaing secara direct dengan Nokia. Nokia cuba bangkit
dengan memperkenalkan range armada model Asha yang murah namun ternyata, hanya
popular di India sahaja akibat produk ini under-powered
jika dibandingkan dengan model-model pesaing lain.
Nokia mula gagal menakluk kembali pasaran telefon bimbit di tahun 2012 |
Kenapa Nokia tidak mahu terjun
ke flatform Android? Ini merupakan misteri terbesar buat kita semua. Duri dalam
daging yakni Symbian atau Elop atau rasa ego mereka yang menebal? Terjun ke
Android juga seakan dirasakan peluang terakhir tetapi mereka gagal untuk
merobohkan dendam kesumat dan status quo mereka.
Dalam aspek marketing pula
Nokia boleh dinobatkan sebagai agen pemasaran yang gagal untuk melihat pasaran
seterusnya untuk tahun kehadapan. Ironi lagi sekali bukan? Bukan kah Nokia
selama ini mempunyai mida yang paling bersinar dalam melibatkan pemasaran ini?
Jawapannya adalah kerana keenganan untuk berubah di sebabkan EGO yang menebal.
Ya, bilamana Samsung dan Apple berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaharu
mereka dengan pelbagai sumber yang ada, Nokia masih menggunakan cara pemasaran
yang bersifat tradisional untuk hanset mereka.
Apple menggunakan marketing
plan yang bersifat “Hype” untuk
menarik minat konsumer bilamana Nokia masih menggunakan cara pemasaran yang
paling basic iaitu pertontonan sahaja kepada konsumer seterusnya mewujudkan
keboringan yang hebat.
Bermula tahun 2013 juga,
Produk-produk Nokia seakan kehilangan aura nya bilamana model yang mereka
hasilkan semakin terkikis dari aspek teknologi dan nilai estetika. Nokia X yang
sepatutnya menjadi penyelamat buat syarikat ini
seriously underpowered dan boring.
Nokia X merupakan turning point sebab ada menggunakan Android namun GAGAL, GAGAL TOTAL |
Strategi yang dibuat Nokia
terhadap jenamanya juga semakin tidak relevan pada alaf-alaf baru yang seba
mencabar ini. Perlu di ingat bahawa Nokia adalah syarikat berorentasikan Hardware dan bukkanya Software semata, oleh yang demikian
mereka menggangap software tidak penting buat Nokia sehinggalah datang Android
dan IOS. Apa yang R&D nokia buat? Tidurkah? Padahal Nokia melaburkan
sejumlah besar dana kos operasi mereka dalam bidang kajian dan pembangunan ini.
What the hell!
Marketing Umbrella.
Lagi sekali Nokia lah yang memulakan marketing branding umbrella ini mereusi
series N dan LUMIA nya. Namun mereka tidak memacu marketing ini ke tahap yang
lebih agung. Apple dan Samsung megetahui akan hal ini jadi mereka membina elemen
keterujaan dalam setiap model produk telefon bimbit mereka seperti iphone. Samsung
pula menumpukan kearah kepelbagaian produk dalam Umbrella marketingnya seperti dalam barisan Galaxy S (Galaxy S4 ada
Mini, Active) sangat banyak pilihan buat pengguna yang sejurus itu mewujudkan Hype dan Buzz dikalangan masyarakat.
Barisan Galaxy S yang pelbagai |
Lastly, Nokia gagal untuk menafsir trend interaksi butang kepada skrin sesentuh. Nokia yang mula
mengeluarkan telefon bimbit berskrin sesentuh petama pada tahun 2004. 3 tahun
awal sebelum Apple gagal, gagal total untuk mentafsir bahawa teknologi ini
bakal merevolusikan pengalaman interaktiviti pengguna kelak. Mungkin juga
dibayangi oleh kegagalan Nokia
Communicator dan Nokia 7710 yang dilancarkan lebih awal dari jajaran
masanya sehinggakan masyarakat belum sedia untuk menerima teknologi sebegitu.
Tapi Nampak kan? Nokia sangat jitu dalam memacu teknologi ini tapi mengapa? Itu
soalan misteri yang perlu diselesaikan.
3 September 2013 merupakan detik hitam buat
Nokia apabila Microsoft mula mengambilalih bahagian telefon bimbit Nokia dan
akan menggantikan jenama Nokia Lumia kepada Microsoft Lumia bermula tahun 2014.
Pengakhiran yang amat Tragis…
Terlalu banyak misteri dan
poin yang boleh saya sampaikan namun untuk artiket blog ini cukuplah setakat
disini sahaja. Nokia buat saya adalah salah satu jenama yang sangat berpengaruh
dan hebat. Syarikat Multinasional ini hanya dimulai oleh seorang yang biasa
sahaja dan ianya bertahan hampir 100 tahun. Jujur saya katakan semua yang
membaca artikel ini setidak-tidaknya mempunyai personal attachment terhadap telefon Nokia ini. Sangat mengecewakan
dan mengharukan bahawa Nokia telah tumbang dan berkecai. Telefon pertama kita
adalah Nokia dan Nokia lah yang menginovasikan segalanya.
Mungkin pada masa hadapan
Nokia akan mucul semula dalam cara yang paling nostalgik. Pada masa kini pula
kita berharap agar idea dan teknologi yang ada dapat dipindahkan kepada segenap
masyarakat tidak kira miskin atau kaya supaya kita semua turut sama merasainya.
Seperti juga matlamat NOKIA : Connecting People.