Friday 10 April 2015

GERGASI YANG TERSUNGKUR: NOKIA (Bahagian 3: Permulaan kepada pengakhiran)



Bekas CEO Nokia, Jorma Ollila pernah berkata bahawa dia gagal untuk melihat dan menjangka perubahan drastik terhadap pasaran dan permintaan telefon bimbit bermula seawal tahun 2005 lagi. Mungkin juga Nokia pada waktu itu amat selesa dengan keadaannya yang tengah panas membara di papan atas market share yang menokok sehingga 49% dalam tahun 2004. Sewajarnya Nokia telah mengalami kemerosotan dalam permintaan bermula  tahun 2006 lagi. Mari kita sorot apa dan bagaimana berlakunya kejadian sedemikian ini.

Kegagalan untuk meramal perubahan dalam trend dan selera semasa pengguna.

Ironi bukan? Bilamana Nokia begitu gah dan pintar dalam mengkaji selera pengguna di dekad 90an lalu, kini tiba-tiba sahaja seperti ada kuasa halus yang membotak dan menghalang buah fikiran para pereka-pereka Nokia? OK jawapannya mudah saja, atas sebab pengurusan Nokia. Ya bilamana pembuat-pembuat telefon lain seperti  Palm, Blackberry mula membangunkan ekosistem mereka yang bersifat interaktif memberat kepada penggunaan internet. Nokia semakin jauh berfikiran kebelakang.


Kegagalan untuk merevolusikan trend semasa pengguna yang sentiasa bertukar-tukar menyebabkan Nokia tumbang secara perlahan-lahan

Ingat lagi Symbian? Ya duri dalam daging tu kan. Setelah Nokia membeli Symbian pada tahun 2008, mereka tiada pilihan lain selain memajukan dan bergantung harap dengan Symbian untuk menjadi “The Thing” bagi memacu Nokia ke kejayaan terulung, what the hell they’re thinking? Dan lagi, Para designer Nokia beranggapan bahawa kejayaan untuk menjual handset adalah berdasarkan daripada reka bentuk, nilai estetika dan bahan yang digunakan bagi menjanjikan ketahanan hanset tersebut dan terbukti pada Nokia 3310 sehingga mendapat gelaran “Buang ke anjing, anjing yang mati” hebat bukan? Tapi mereka lupa bahawa dunia terutamanya di Asia Tenggara sudah mula memasuki era internetan konektiviti. Bila mana pelbagai pembuat telefon lain mula berjinak-jinak menjelajahi sistem pengoperasian lain yang bersifat interaktiviti, Nokia masih mengharapkan bentuk handset yang WOWW sebagai modalnya. Memanglah reka bentuk Hanset Nokia cantik molek tapi come on la, its beyond 2000 man, orang mula berfikir untuk menonton movie, sharing photo dan lagu di hanset mereka.

Persaingan Sistem Pengoperasian (OS)

Nokia mula merasai bahang kepanasan di bontot mereka seawal tahun 2005 apabila satu segment pasaran baru wujud di beri gelaran “SMARTPHONE” ya sebelum terma telefon pintar ini wujud  pada tahun 2003 ianya di panggil PDA (Personal Digital Assistant) seperti Palm treo  dan HP IPAQ orang tak akan ambil kisah sebab niche pada zaman itu amat bertentangan. Orang yang pakai PDA adalah orang kaya dan bisnes man. Nah sekarang boleh nampak? Bagaimana  dahulu Nokia merubah perhubungan insan pada tahun 1990an?


PDA, Grand-daddy kepada Smart Phone


Tapi Nokia masih membangunakan telefon mereka pada ekosistem Symbian yang amat tertutup. Yang hanya bergantung harap kepada flatform JAVA dan SMS ON ke 32288 sekarang untuk mendapatkan nada dering dan skrin wallpaper terbaharu! Symbian sangat berorentasikan sistem pengoperasian yang tertutup dan tidak boleh di manipulasikan oleh pengguna secara menyeluruh. Itulah kelemahan Nokia.

Blackberry yang masih setahun jagung mula menyepak Nokia dengan memperkenalkan Blackberry OS yang terkandung ciri-ciri enterprise seperti penggunaan E-Mail, aplikasi komuniti sendiri, BBM (mesti tau kan?) dan Blackberry World yang merupakan satu tempat dimana kita boleh memuaturun segala aplikasi secara free atau berbayar. Pendek kata Blackberry mula mengintegrasikan sambungan bersepadu ke Internet Online yang mula meriah ketika itu. Akibatnya, Nokia mula goyah di Canada dan USA dengan mencatatkan penurunan jualan sehingga Ke 10% pada suku tahun pertama 2006. Tapi Nokia masih berimpian dengan Symbian boleh took-off!

Next bomb shell pula datangnya dari gergasi yang tidur iaitu APPLE.INC dengan permata intan mereka iphone berserta sistem pengoperasian IOS pada tahun 2007. Tahun 2007 lah merupakan permulaan kejatuhan Nokia.  IOS adalah satu ekosistem sistem pengoperasian yang mengintergrasikan internet ke dalam telefon dan di sokong padu oleh Apps store dan itunes  yang sudah sedia ada. Ya internet full bukan WAP sperti dalam smartphone Palm dan Nokia.  

Nokia tidak menyangka Apple.Inc akan membuat telefon Pintar

Apple yang selama ini menjadi jaguh dalam dunia perkomputeraan telah mengeluarkan prototaip telefon pertama Iphone dalam tahun 2007,

Mendiang Steve Job menayang dengan ciptaan teragungnya pada tahun 2007


and the rest was history

Pada mulanya Nokia begitu temberang dengan mengatakan Iphone tidak setaraf dengan Model terbarunya yakni N95 sebab telefon pintar keluaran Nokia telah dibungkus cantik dengan Kamera Carl Zeiss 5 megapixel, kamera depan VGA,  Symbian S60 dan yang paling penting Network 3G terbaru sangat laju berinternetan. Nokia berharap bahawa spesifikasi N95 dengan mudah akan mengkuburkan iphone sedalam 7 kaki namun ternyata… ternyata mereka silap besar.

N-95 Tak dapat diragukan adalah telefon pintar Nokia yang paling moden pada tahun 2007, tahun yang sama Apple melancarkan iPhone. Harga pengenalan di Malaysia sekitar RM 1400 - RM 2000 pada tahun 2007


Pengurusan atasan Nokia terlalu angkuh dan ego membataskan kemajuan dan idea bernas para pekerjanya

Sebenarnya, Nokia tidak takut akan persaingan dari baby baru seperti Apple ini sebab mereka telah Berjaya melalui persaingan daripada OS smartphone Windows CE/Mobile oleh pembuat komputer juga iaitu Microsoft dan HP. Palm OS dalam perkakasan Palm Treo. Itu semua dalam pandangan Nokia berada dalam segment telefon untuk bisnes dimana Nokia pula memfokuskan kearah penggunaan orang muda mudi dan masyarakat massa. Tapi… 

Apple bersama mendiang Steve Jobs mempunyai senjata rahsia yang mereka telah pelihara dan bangunkan selama beberapa tahun kebelakang. Bermula dengan Itunes, perkakasan Ipod untuk mendengar music telah menghancurkan dominasi Kaset dan Sony Walkman di tahun 2001. Apps Store nya yang mempunyai pelbagai applikasi muat turun dan pengetahuan mereka tentang teknologi internet dan skrin sesentuh telah Berjaya menghumban Nokia  untuk menjadi leader pada tahun-tahun seterusnya.

Pelancaran OS Android ke muka bumi di tahun 2008

Sudahlah Nokia pening kepala memikirkan tentang Apple yang mula menyondol sikit demi sikit penguasaan Nokia dalam arena smartphone dunia. Kini tiba giliran Android pula masuk ke pasaran smartphone,


Hey There…I’m Android, I’m Free and please be nice to me.

Kini Nokia dalam keadaan yang serba terancam seperti ketakutan yang amat sangat dibaham harimau jantan, Nokia mula berfikir untuk turut sama memajukan sistem pegoperasian mereka yang sudah lapuk. Jangan lupa Nokia ada pusat kajian dan pembangunan yang paling canggih di dunia dan cawangannya ada di Finland, India, German dan Kanada. Percubaan pertamanya adalah dengan memajukan sistem pengoperasian Symbian. Dan satu lagi membuat sistem pengopersian yang baru bermula dari bawah iaitu Nokia Meego (Usahasama dengan Linux Foundation).

Antaramuka sistem pengoperasian MeeGo dalam telefon Bimbit Nokia N-8


Meego dan Symbian Anna / Belle adalah harapan terakhir Nokia untuk memenangi peperangan antara Android dan IOS. Namun di perbatasan peperangan nampaknya Android dan IOS mempunyai senjata yang menggentarkan iaitu Apps Store IOS dan Google Market (2009) kemudian menjadi Playstore (2013). Kedua-dua aplikasi ini memberikan pilihan buat pemakai untuk memuat turun segala aplikasi yang mereka suka samaada berbayar atau tidak. Inilah yang menjadikan Android dapat menghancurkan barisan pertahanan hadapan Nokia. Lagipun Android adalah Open Source bermakna developer mempunyai akses untuk mengaturcara hampir semua kode-kode kepada antaramuka mereka sendiri. Inilah yang di lakukan oleh Samsung dgn TouchWiz nya dan Asus dengan ZenUI nya.

Tahun 2009-2010, Nokia mengalami kekalahan teruk di segenap perbatasan dan terpaksa bergantung kepada reserved army nya iaitu market berasaskan “Dumb Phone” bukan telefon bodoh ya. Itu adalah satu istilah untuk telefon bimbit basic yang masih Nokia keluarkan di Chennai, India.  Namun Nokia tidak akan mengalah dengan mudah. Masih mengeluarkan telefon bimbit basic, Nokia Berjaya mengekalkan penguasaan 33% dalam market share pasaran telefon bimbit dalam tahun 2010.

Musuh tradisi Nokia yang telah berjaya merobek tiang-tiang penghadang kejayaan Nokia selama ini


Untuk melawan Apps Store / Google Playstore. Pada tahun 2008 Nokia mula melahirkan Nokia OVI (ertinya pintu dalam bahasa finnish) untuk menopang aplikasi buat hanset Nokia yang menggunakan flatform Symbian dan Meego Harmattan.


Ovi memfokuskan servis Games, Media, Maps, messaging dan music, dengan penyertaan developer pihak ketiga juga Nokia berharap akan dapat mengimbangi persaingan kalah-mati antara Google dan Apple. Namun Ovi juga gagal apabila dibayangi oleh Microsoft Marketplace akibat Nokia mula berkerjasama dengan Microsoft untuk mengadaptasi sistem Windows Mobile dalam barisan armada LUMIA terbaharunya. Ternyata, silap besar buat Nokia sekali lagi.

Kejatuhan Nokia adalah sesuatu yang menggemparkan, namun lenyapnya Nokia dari segmen telefon Bimbit adalah satu realiti yang amat memeritkan.


Tak dapat dinafikan telefon buatan Nokia mempunyai nilai-nilai rekaan yang sangat menarik jika di bandingkan dengan telefon SOMESONG yang berupa standard hampir kesemua model telefonya. Oppsss...


Bersambung ke Bahagian Finale: Pengakhiran yang mendukacitakan


No comments:

Post a Comment