Saturday 4 April 2015

GERGASI YANG TERSUNGKUR: NOKIA (Bahagian Kedua)

"Teknologi kehadapan di tambah dengan rekaan yang melangkaui masa adalah intipati asas dalam penghasilan setiap model telefon Nokia" 


Dekad kegemilangan NOKIA



Sebelumnya saya telah menerangkan bagaimana Nokia menceburi dunia telekomunikasi dan perhubungan, bagaimana pengetahuan berkenaan dengan peri pentingnya komunikasi perhubungan telah menyatukan negara-negara Eropah untuk mengadaptasi sistem GSM dan ketelanjuran Amerika Syarikat yang dikatakan “Superpower” masa waktu ini ditinggalkan ke tempat yang tercorot dalam arena perhubungan tanpa wayar ini. Bermula dekad 90 sehingga pernghujung tahun 2007 adalah zaman keemasan buat pembuat telefon terkenal ini, apa tidaknya? Kerana Nokia, masyarakat konsumer sedar bahawa medium komunikasi sebegini tidak hanya terhad kepada golongan bisnes atau yang berada. Bahkan Nokia mengubah keseluruhan tentang tanggapan kita mengenai telefon bimbit.

Mobira Talkman adalah telefon ciptaan Nokia yang sangat popular pada tahun-tahun 1980an


Nokia mula berkembang

Sistem GSM yang telah menempah nama di geng Eropah kini mula dibangunkan di negara luar seperti Australia pada 1992, Jepun yang pada masa itu masih berada dalam sistem analog AMPE mula mengadaptasi sistem GSM yang semakin popular. Sebab apa? Sebab perkakasan alat GSM suda tersedia dengan begitu banyaknya di pasaran oleh Nokia dan Siemens. Syabas.

Amerika walaupun masih syok sendiri dengan sistem selular yang dibangunkannya dalam tahun 1982 mula berjinak kepada GSM sekitar tahun 1993 walaupun seterusnya mereka membangunkan sistem penghantaran CDMA tapi GSM juga masih juga dipakai oleh sebilangan besar penduduk USA. Nokia tidak terlepas untuk bersama-sama memasuki pasaran USA yang sangat menghairahkan. Bekerjasama dengan Tandy.Inc, Nokia mula menjual hansetnya ke populasi USA sekitar tahun 1992.

Rekaan telefon yang amat mengkagumkan

Nokia sedar bahawa jika mereka ingin lama dalam dunia komunikasi ini, segenap segment pasaran mesti mereka tembusi. Pada tahun 1993, teknologi telekomunikasi walaupun masih berada dalam peringkat awal, suda menampakkan yang ianya akan berkembang pesat. Jepun, india, Asia Tenggara mula membina network mereka sendiri untu turut sama dalam perlumbaan menuju era globalisasi. Yalah Y2K kan, budak lahir tahun 1980an mesti ingat akan perkataan ini. Nokia mula memasukkan nilai artistik dalam rekaan setiap hansetnya, buka sahaja itu, teknologi yang dimiliki Nokia sejak berdekad lalu mula di implementasikan dalam setiap  keluaran telefon terbarunya. Mari kita sorot kembali.

1994 – N2100 merupakan hanset yang sangat stylo dan elegat pada zamannya kerana saiznya agak kecil berbanding telefon walkie talkie seperti mobile cityman dan Motorola. Telefon ini juga memaparkan ciri ekslusif terkini iaitu ada simpanan phonebook dan paling penting telefon ini boleh menghantar dan menerima SMS (send Short Message Protocol) ya! Sekali lagi budak-budak tahun 80an siapa tidak kenal akan SMS, SMS, SMS, SMS betul legend akronim ini.

Nokia N 2100


1996- N1000 Nokia Communicator
Ini handset yang paling legend di dekad 1990an, apa tidaknya set ini akan menunjukkan si pemakai seperti bintang filem atau seseorang alien yang sesat dimuka bumi ini. Apa tidaknya? Set telefon ini adalah set pertama di dunia yang cuba menggabungkan komputer dan perhubungan. Ya memang lawak jika kita perkatakan sekarang, namun pada zaman itu, internet masih janggal dan online? Binatang apa tu? Handset ini terlalu canggih sehinggakan masyarakat masih belum dapat menerima idea pada masa tersebut menyebabkan jualan berkurangan. Namun di suatu sudut sudah terang-terangan menampakkan bahawa Nokia mempunyai minda, sumber dan wang untuk memacu kepesatan teknologi selular ini.
Nokia N 1000 ternyata sangat futuristik, sangat kehadapan dan terbukti tidak seusai pada masanya


1997 – N1610. Sesiapa yang pernah menggunakan telefon Nokia 3310 dan pernah bermain game “SNAKE” anda perlulah berterima kasih kepada model hanset ini kerana ianya adalah set pertama keluaran Nokia yang mempunyai game SNAKE tersebut. Nokia pandai bermain dengan trend dan gaya semasa masyarakat dan pada waktu tersebut telefon adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana ianya tidaklah digambarkan seperti Mobile, Ya Mobile kerana hampir semua set telefon pada zaman itu berkeberatan sehingga 1 kilogram dengan bateri berhayat tak sampai setengah jam serta hanya boleh menerima dan memanggil. Sangat mengharukan. Nokia bertekad untuk mengubah segalanya.

1998 tahun ke langit angkasa buat Nokia bilamana Motorola iaitu Big Daddy dalam dunia telekomunikasi telah jatuh ke tempat kedua dalam angka penjualan telefon bimbit. Kali ini Nokia betul-betul menghasilkan revolusi dalam telekomunikasi buat masyarakat dunia. Menjual telefon semata-mata tidak akan dapat mengekalkan penguasaan Nokia dalam industri ini dan perisian dalaman (Software) merupakan satu perkara asas buat Nokia jika ingin menghasilkan satu produk yang hebat kerana, TANPA INTERAKTIVITI antara hanset dan manusia hanya menjadikan telefon itu seperti batu sungai yang dilapisi pasir sahaja.



Nokia mula berkerjasama dan memajukan perisian Symbian untuk memajukan perisian dalaman telefon, menjadikan interface nya lebih menarik dan licin. Ratanya Nokia saja yang mampu melihat Navigation key  dan integrasi perisian dalaman memainkan peranan penting untuk sukses. Tapi, bekerjasama dengan Symbian dan kemudian membelinya ternyata merupakan satu tindakan yang menghancurkan Nokia pada tahun-tahun mendatang.

“Symbian seperti duri dalam daging buat NOKIA”


1999 Raja segala Handphone. Dalam tahun ini, Nokia tidak lagi menoleh kebelakang. Mengalahkan Motorola sebagai penjual telefon terkenal di tahun 1998 menjadikan Nokia lambang telekomunikasi global, Pengeluaran unit Nokia pada tahun ini melepasi angka fantastik 77 juta unit. Pacuan penjualan telefon mereka ini disebabkan oleh kepintaran para chief designer Nokia dengan Nokia 3310, 3315. Siapa tidak kenal kan? Nokia “Tiga-Tiga Sekupang” yang paling popular pada masa itu. Sebab apa? Harganya secara relativf lebih murah berbanding hanset lain dipasaran, tahan lasak, cover boleh tukar, ringtone boleh di compose dan lampu LED boleh dituar mengikut pilihan sendiri. Senang cerita, Nokia telah membuat telefon yang benar-benar mengikuti citarasa pengguna.

“Rekaan dan harga mampu milik memacu penjualan kepada masyarakat massa”

2002, yang lahir pada tahun 1980an memang sudah memiliki Nokia 3310, setidak-tidaknya kan? Tahun ini merupakan detik keunggulan Nokia dimana merreka mula mengeluarkan idea-idea supernova mereka. Dikala Ericsson memikir untuk bergabung dengan Sony, Siemens pula terpaksa melupakan hasratnya untuk menggondol juara dalam pembuat hanset, Ini Nokia pula menggila dengan pelbagai rekaan terbarunya.
“Fungsi telefon bimbit  semakin berkembang dan pelbagai”
Ok, sebelum dekad 2000, Y2K la katakan kita mengguna telefon hanset untuk membuat-menerima call, mengarang mesej SMS dan bermain game snake bukan? Para designer Nokia melihat telefon ini boleh pergi lebh jauh apabila fungsinya di tambah. Skirn monochrome mula diganti dengan skrin berwarna pertama. OK mari kita sorot hanset Nokia pertama yang menggabungkan teknologi pelbagai ke dalam hansetnya.
2002  
N6100, N3530
Pertama berskrin warna LED-CSTN

2002
N7650
Hanset pertama mempunyai kamera (Teknologi VGA)
2003
N5100 :
Hanset pertama direka untuk ketahanan, mempunyai thermometer.
2003
N3300 (Nokia pisang)
Hanset berupa sungguh pelik pertama menggabungkan pemain muzik mp3 sebagai ciri ekslusifnya.
2003
N-GAGE
Hanset pertama Nokia menggabungkan ciri permainan (games) yang menggunakan flatform JAVA.
2004
N7710
Smartphone pertama di dunia oleh Nokia. Fungsi  skrin sesentuh (touchscreen) dan Symbian V7, Series 9.0 hanya dibangunkan untuk hanset ini.  
2008
N95
Hanset 3G pertama yang menggabungkan GPS, dan berkamera 5MP didukung oleh lensa Carl Zeiss. Nokia mempromosikanya sebagai telefon selular komputer keran kecanggihan teknologikalnya pada waktu itu.
 
“Rekaan yang sangat Revolusiniser”

Di samping itu juga, Unit rekaan Nokia memainkan peranan yang sangat sepadu untuk mengorek duit kita bagi membeli hanset keluaran Nokia. Daripada tahun 2000 sehinggalah ke tahun 2008 kesemua hanset Nokia yang dikeluarkan mempunyai rekabentuk yang sangat menarik dan jauh kehadapan. Contohnya:

N 5100
N 3250
N 7600 (Daun, Ketupat)
N 8250
N 3250

Konklusinya, pada dekad ini Nokia adalah raja dalam kajian dan pengeluaran Hanset di dunia. Pada dekad ini juga, jaringan pengedaran set dan aksessori Nokia adalah yang paling terbesar di dunia dan tidak ada satu, saya ulang satu syarikat pun yang mampu mengalahkan Nokia sebagai peneraju pasaran. Di Bahagian yang seterusnya kita akan mengkaji dan memperhalusi bagaimana Nokia yang selama ini bertakhta diatas mula menunjukkan bait-bait perpecahan. Silakan membacanya….

seterusnya:
Bahagian Ketiga: Permulaan kepada Pengakhiran

No comments:

Post a Comment