Saturday 11 April 2015

Bahagian Finale: Pengakhiran yang mendukacitakan

Selama dekad 90an ke 2000an, pengaruh Nokia telah mereseapi hampir ke segenap pelusuk dunia, ia memberikan kita akses dan keterbukaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara wayarles. Ia juga memindahkan kuasa beli dan tanggapan ramai tentang perkakasan telefon bimbit hanya untuk golongan elit. Nokia juga menyumbang dalam memacu kemodenan industri telekomunikasi dalam hanya selama 2 dekad. Sangat mendukacitakan buat Nokia kerana selama ini ianya sangat terkenal dan gah dalam industri telefon bimbit ini. Sangat misteri bukan? Nokia Berjaya melalui persaingan berganda selama ini bagaimana ianya boleh kalah kepada perubahan semasa sedangkan mereka amat pantas untuk menyesuaikan diri dalam keadaan serba mencabar ini?



Kita telusuri hayat-hayat Nokia di bahagian terakhir dan apakah keputusan penting yang menyebabkan konglomerat gergasi ini rebah di tahun 2013. Perlu di ingat, hampir semua poin-poin yang dinyatakan ini diambil kandungannya dari artikel Wall Street  Journal dan memoir

Kesilapan eksekutif dalam membuat penentuan penting.

Syarikat multinasional selalu ada wala na problema ini. Para eksekutif yang bijak pandai selalu menganggap diri mereka superior dan hebat. Sama seperti Nokia. Para bangsawan ini gagal untuk memandu konglomerat tersebar ini dalam era-era persaingan yang hebat, dengan sepantasnya. Masalah sebenar mereka ini ialah para pembuat keputusan di Nokia telalu lama mengambil masa untuk menilai dan mengkaji peluang yang ada (sampai 9-10 bulan) dan bila mereka  bersetuju, peluang yang ada itu sudah terlepas ke tangan lain, lazimnya ke SOMESONG atau buah Apple.

Apa yang berlaku ni? Nokia mempunyai banyak fasilitas research dan sejumlah tenaga pekerja yang dinamik lagi berkesan seperti Frank Nuovo dan Alistair Curtis. Apa sudah jadi? Turn out to be Nokia amat lemah dalam mengimplementasikan Managmenent Change dalam sfera pentadbirannya, Ini disebabkan oleh ianya terlalu berharap dengan status Quo dan EGO mereka.

Alastair Curtis menghabiskan masanya untk menyelesaikan masalah berbanding membuat rekaan yang terbaru untuk Nokia

Frank Nuovo yang terkenal dengan rekaan VERTU nya berhenti dari Nokia pada tahun 2006


‘Para eksekutif amat membazir masa dalam memikirkan tentang menyelesaikan masalah berbanding membuat sesuatu strategi yang baru’

Akibat daripada keegoaan yang menebal ini juga telah mejejaskan  bahagian kajian dan inovasi Nokia. Frank Nuovo, ketua pereka Nokia telah telah menghasilkan sejumlah besar handset legend bertindak keluar daripada Nokia di tahun 2006 semasa perubahan pentadbiran berlangsung. Beliau menegaskan bahawa ‘peluang yang ada buat Nokia terhidang di depan mata, tetapi peluang itu tidak di segerakan kerana mereka tidak melihat ianya sebagai satu desakkan penting’

“anything that divided internally would not succeed”

R&D Nokia amat hebat dalam menghasilkan produk-produk telekomunikasi yang ahead of its time. Tablet pertama adalah dicipta oleh Nokia dan bukannya Apple, 8 tahun awal sebelum kemunculan pasaran segment Tablet. Apa sudah jadi? Kesilapan untuk menganggar dan takut dibayangi oleh kegagalan Nokia Communicator  menjadi salah satu sebab kenapa Nokia tidak menolak produk ini keluar ke pasaran.  

Pada tahun 2001, Nokia sudah melihat segmen pasaran untuk Tablet

Ini adalah Prototaip Tablet Nokia terawal pada tahun 2001. Lama sebelum ipad dilancarkan

 
Tablet Internet pertama Nokia 770 yang dilancarkan dalam tahun 2005. Namun masyarakat masih belum bersedia terhadap teknologi ini 
Nokia Mindset
Keegoaan Nokia juga meresap ke dalam bahagian R&D dan pemasarannya. Semasa iphone dilancarkan, dengan angkuh Nokia mengatakan bahawa telefon iphone ini mahal untuk dijual secara besar-besaran dan ianya tidak secanggih telefon N-95 dan lagi ianya tidak melepasi standard drop test Nokia? SANGAT MELUCUKAN… Taapi itulah stand point Nokia pada waktu itu. Tengok apa yang jadi pada Apple sekarang.  R&D Nokia juga gagal untuk menambat hati para eksekutif akibat masalah management chaos ini, Ketika segment touchscreen mula merebak dalam tahun 2007, para bangsawan Nokia melihat ianya sebagai salah satu projek yang mahal dan tidak efisen. Sangat teruk Mindset mereka.

N95 amat moden dan berteknologi tinggi jika di bandingkan dengan iphone buat masa tu lah 


‘Nokia amat lembab dan lewat dalam mengeluarkan produk-produknya yang berinovasi’

4.5 Billion Euro dalam kos operasi pada tahun 2010

Penukaran CEO, Conflict of Interest, Deal Microsoft bersama Nokia

Stephen Elop seorang warganegara Kanadian telah dilantik mengapalai Nokia pada September 2010. Ramai juga para pengurusan tertinggi tidak menyukai brother ni sebab dia bukan orang finnish. Dan lagi latarbelakangnya yang pernah bekerja bersama Micrsoft. Namun Nokia perlukan seorang yang berwibawa untuk memandu keluar syarikat daripada gawang kejatuhan.

Brother Stephen Elop

Elop mula menggunakan peluang dan pengaruhnya  untuk memacu Nokia ke kejayaan. Brother ini mula mengetahui betapa pentingnya perkakasan dan perisian yang ada dalam sesebuah hanset untuk memastikannya ia terjual bagai goring pisang panas di pasaran. Elop mula membangunkan semua department software dalam Nokia yang dianggap anak tiri dalam syarikat ini. Pertamanya dengan memperkenalkan sistem OS yang baru iaitu MeeGO dan Maemo dalam armada produk terbaru Nokia. Tapi masalahnya Aplikasi tersebut seriously under-develop bilamana geng Android dan Apps Store sudah terbang tinggi.

Pening kepala  brother Elop memikirkan masalah ini dan akhirnya entah macam mana beliau terfikir untuk membuat perjanjian yang ternyata-ternyata membuatkan Nokia berkubur pada tahun 2013 iaitu dengan Microsoft. Nokia bersetuju untuk memasukkan perisian Windows Mobile yang dipunyai oleh Microsoft ke dalam armada produk terbaru yang akan mereka lancarkan iaitu NOKIA LUMIA. Dan terbukti deal ini… deal yang sangat destructive buat Nokia.

Entah kenapa Nokia mahu berpasukan dengan Microsoft yang terbukti gagal dalam Windows CE nya dulu. Ingat kan? 


Market share buat Windows Mobile amat kecil jika dibandingkan dengan Android / Apps Store kerana masalah Developer yang sukar memasukkan content mereka ke Windows Marketplace, ditambah lagi Microsoft ini amatlah leceh dalam hal-hal berkaitan perlesenan. Nokia bagai menggali kubur sendiri pada masa ini.

Kesilapan dalam membuat Strategi yang berkesan

‘Nokia hanya bertindak untuk mengekalkan keberadaanya dalam industri ini daripada cuba keluar mengeksplorasi segmen-segmen perniagaan yang baru’    

Di tahun 2010, Nokia juga mula kehilangan dalam market share samaada di segmen Smartphone dan juga basic phone. Ini kerana semasa tarikh-tarikh ini terlalu banyak syarikat pengeluar telefon bimbit muncul (Thanks to China) dan merogol serta menciplak pasaran hanset basic yang Nokia pegang selama ini. Terima kasih juga kepada Huawei dan HTC, ZTE, Lenovo, Micromax yang bersaing secara direct dengan Nokia. Nokia cuba bangkit dengan memperkenalkan range armada model Asha yang murah namun ternyata, hanya popular di India sahaja akibat produk ini under-powered jika dibandingkan dengan model-model pesaing lain.

Nokia mula gagal menakluk kembali pasaran telefon bimbit di tahun 2012


Kenapa Nokia tidak mahu terjun ke flatform Android? Ini merupakan misteri terbesar buat kita semua. Duri dalam daging yakni Symbian atau Elop atau rasa ego mereka yang menebal? Terjun ke Android juga seakan dirasakan peluang terakhir tetapi mereka gagal untuk merobohkan dendam kesumat dan status quo mereka.

Dalam aspek marketing pula Nokia boleh dinobatkan sebagai agen pemasaran yang gagal untuk melihat pasaran seterusnya untuk tahun kehadapan. Ironi lagi sekali bukan? Bukan kah Nokia selama ini mempunyai mida yang paling bersinar dalam melibatkan pemasaran ini? Jawapannya adalah kerana keenganan untuk berubah di sebabkan EGO yang menebal. Ya, bilamana Samsung dan Apple berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaharu mereka dengan pelbagai sumber yang ada, Nokia masih menggunakan cara pemasaran yang bersifat tradisional untuk hanset mereka.

Apple menggunakan marketing plan yang bersifat “Hype” untuk menarik minat konsumer bilamana Nokia masih menggunakan cara pemasaran yang paling basic iaitu pertontonan sahaja kepada konsumer seterusnya mewujudkan keboringan yang hebat.

Bermula tahun 2013 juga, Produk-produk Nokia seakan kehilangan aura nya bilamana model yang mereka hasilkan semakin terkikis dari aspek teknologi dan nilai estetika. Nokia X yang sepatutnya menjadi penyelamat buat syarikat ini seriously underpowered dan boring.


Nokia X merupakan turning point sebab ada menggunakan Android namun GAGAL, GAGAL TOTAL


Strategi yang dibuat Nokia terhadap jenamanya juga semakin tidak relevan pada alaf-alaf baru yang seba mencabar ini. Perlu di ingat bahawa Nokia adalah syarikat berorentasikan Hardware dan bukkanya Software semata, oleh yang demikian mereka menggangap software tidak penting buat Nokia sehinggalah datang Android dan IOS. Apa yang R&D nokia buat? Tidurkah? Padahal Nokia melaburkan sejumlah besar dana kos operasi mereka dalam bidang kajian dan pembangunan ini. What the hell!

Marketing Umbrella. Lagi sekali Nokia lah yang memulakan marketing branding umbrella ini mereusi series N dan LUMIA nya. Namun mereka tidak memacu marketing ini ke tahap yang lebih agung. Apple dan Samsung megetahui akan hal ini jadi mereka membina elemen keterujaan dalam setiap model produk telefon bimbit mereka seperti iphone. Samsung pula menumpukan kearah kepelbagaian produk dalam Umbrella marketingnya seperti dalam barisan Galaxy S (Galaxy S4 ada Mini, Active) sangat banyak pilihan buat pengguna yang sejurus itu mewujudkan Hype dan Buzz dikalangan masyarakat.

Barisan Galaxy S yang pelbagai


Lastly, Nokia gagal untuk menafsir trend interaksi butang kepada skrin sesentuh. Nokia yang mula mengeluarkan telefon bimbit berskrin sesentuh petama pada tahun 2004. 3 tahun awal sebelum Apple gagal, gagal total untuk mentafsir bahawa teknologi ini bakal merevolusikan pengalaman interaktiviti pengguna kelak. Mungkin juga dibayangi oleh kegagalan Nokia Communicator dan Nokia 7710 yang dilancarkan lebih awal dari jajaran masanya sehinggakan masyarakat belum sedia untuk menerima teknologi sebegitu. Tapi Nampak kan? Nokia sangat jitu dalam memacu teknologi ini tapi mengapa? Itu soalan misteri yang perlu diselesaikan.

Nokia N 7700 adalah telefon skrin sesentuh yang dibuat oleh Nokia dalam tahun 2004. 4 tahun sebelum iphone pertama dilancarkan. Nokia sudah ada konsep dan pemikiran intuitif dalam memacu teknologi telefon bimbit kedepan

3 September 2013 merupakan detik hitam buat Nokia apabila Microsoft mula mengambilalih bahagian telefon bimbit Nokia dan akan menggantikan jenama Nokia Lumia kepada Microsoft Lumia bermula tahun 2014. Pengakhiran yang amat Tragis…


Terlalu banyak misteri dan poin yang boleh saya sampaikan namun untuk artiket blog ini cukuplah setakat disini sahaja. Nokia buat saya adalah salah satu jenama yang sangat berpengaruh dan hebat. Syarikat Multinasional ini hanya dimulai oleh seorang yang biasa sahaja dan ianya bertahan hampir 100 tahun. Jujur saya katakan semua yang membaca artikel ini setidak-tidaknya mempunyai personal attachment terhadap telefon Nokia ini. Sangat mengecewakan dan mengharukan bahawa Nokia telah tumbang dan berkecai. Telefon pertama kita adalah Nokia dan Nokia lah yang menginovasikan segalanya.



Mungkin pada masa hadapan Nokia akan mucul semula dalam cara yang paling nostalgik. Pada masa kini pula kita berharap agar idea dan teknologi yang ada dapat dipindahkan kepada segenap masyarakat tidak kira miskin atau kaya supaya kita semua turut sama merasainya. Seperti juga matlamat NOKIA : Connecting People.   



No comments:

Post a Comment